Friday, August 7, 2009

Alahai N.Ajis..

heii..orang tua sekor ni..banyak isap ganja ke hapa?!Korang ada baca berita penipu #1, Harakah?Menurut beliau mengkiaskan, virus H1N1 yang semakin serius melanda negara hari ini adalah satu bala atas kemungkaran yang berlaku. Dey NikY! POoDaaaH! Awak serban jer macam taliban, otak DAP, hati setan tapi berlagak lebih mengetahui dari tuhan.

Sesiapa yang baca quran semua tahu, dalam quran ada sebut, banyak penyakit baru yang belum pernah diketahui akan keluar bila dekat dengan akhir zaman.. H1N1 wujud pun bukannya sebab politik malaysia.. Dah Allah nak bagi satu dunia rasa H1n1 agar manusia seperti Niky Ajis ingat akan kematian dan bertaubat, itu jer..pandai-pandai lah manusia cari penawar dan beringat. Aku rasa Niky ni memang isap ganja siam la.. sebab tu kalau citer bab agama jer dah serupa macam kerajaan langit, kemudian rasa diri tu maksum.. yang HARAM semuanya HALAL bagi beliau demi politik parti.

Si Loke Siew Fook, pemuda Dog And Pigs hina dengan kesat muaalaf Dr Mohd Ridhuan kerana status anak haram TBH,hina islam, apa tindakan yang Niky Ajis ambil?! Ada komen? Ada protes? Jangan harap la beliau atau sesiapa pun dalam PAS akan cakap apa-apa. Mana Mat Sabun? Mana 'Ulamak' dan 'ustaz' yang hari-hari dok ghoyak PAS tu Isle, PAS syurgo buak mu? Mana dia? jawapannya memang tiada. Wartawan Harakah pun taknak bersuara punya, sebab semua ketua dan penulis PAS sama jer dengan bangsat-bangsat dalam Pakatan Rasuah, segala-gala hanya demi kuasa dan wang ringgit. mano ado Isle?! Isle hanyo di serban tengkorok mu! Elok beliau jer patut kena H1n1, agar cepat insaf dan bertaubat.

Bagi aku Niky Ajis adalah seorang penakut dan seorang islamist yang bacul dan hanya memalukan bangsa kita dan agama.

Buat Niky Ajis, sebagai seorang muslim, saya ingin berkongsi petikan ayat dibawah :

"Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya;
(Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya)."
~surah AN-NISA' ayat 138-139~

Thursday, August 6, 2009

Penyokong PKR di Amerika buat demo!!

New York, 5 Ogos : Bandaraya New York digemparkan dengan demonstrasi oleh penyokong - penyokong radikal 'brader' kita semalam. Namun keadaan dilaporkan terkawal dimana demonstrasi berjalan dengan aman tanpa sebarang kekecohan. Mereka pakat keluar berbogel beramai-ramai untuk menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada 'brader' besar mereka yang kini sedang berusaha untuk melengah-lengahkan kes beliau di mahkamah. Semua penyokong diberitahu akan diberi komisen US25.00 jika menyertai demonstrasi untuk menyokong beliau. -CNN

Salah seorang pengikut tegar sedang berdemonstrasi di Times Square New York


Golongan Imigrant yang dibayar untuk memberi sokongan kepada 'brader' mereka

Amacam ?, sensasi tak artikel ni..ada macam RPK tak? ala..macam blogger pembelit no #1 tu..?! hahah.. anyway.. sila guna gambar-gambar tersebut untuk tujuan apa sekali pun, ok?!

Wednesday, August 5, 2009

SEJARAH YANG ANDA MUNGKIN TAK TAHU

KOMUNIS LETUP TUGU NEGARA.
Keratan akhbar bertarikh 27 Ogos 1977, 4 hari sebelum Hari Kemerdekaan ke 20

Haa..gempak tak tajuk akhbar tersebut?! Aku terjumpa semasa tengah browsing-browsing tadi.. selama ni pun aku tak pernah tahu tentang kejadian tersebut. Baru sedar yang ilmu sejarah aku ni masih cetek rupanya.. okey kisahnya macam ni....

'Kejadian itu berlaku pada 26 Ogos 1975, kira-kira jam 5 pagi telah memusnahkan satu patung besar serta dua kepala patung yang jatuh daripada kedudukan asal. Pihak berkuasa percaya letupan itu dilakukan Barisan Pembebasan Kebangsaan Malaya (MNLF). Berdasarkan siasatan awal, polis percaya komunis merancang untuk meletupkan Tugu Negara pada jam 6 pagi iaitu ketika sesi tiupan biugel yang diadakan di situ. Mereka mensasarkan untuk membunuh semua peserta yang mengambil bahagian dalam perbarisan, tetapi malangnya cubaan mereka gagal.

Mengikut perancangan awal, mereka merancang untuk meletupkan tiga bom yang diletakkan di situ, tetapi malangnya satu daripada tiga bom itu meletup lebih awal yang meruntuhkan satu patung besar yang beratnya dianggarkan satu tan. Lantai marmar di keliling kawasan tugu retak sepanjang 2 kaki disebabkan patung besar jatuh ke lantai. Letupan kuat itu menggegarkan kawasan perumahan di sekitar Taman Bunga dan sebahagian daripada tingkap rumah mereka pecah akibat gegaran letupan.


Antara penduduk yang mendengar letupan kuat itu ialah Bapa Kemerdekaan Negara, Tunku Abdul Rahman yang tinggal berhampiran Tugu Negara. Beliau terdengar letupan kira-kira jam 5 pagi ketika bangun untuk solat menunaikan Subuh. Unit Pemusnah Bom Polis menemui dua butir bom yang belum meletup di tempat kejadian serta kesan darah dipercayai milik pengganas yang cedera, tetapi masih sempat melarikan diri.


Polis percaya empat pengganas terbabit dalam serangan itu termasuk seorang wanita. Sebaik saja letupan berlaku, polis terserempak dengan dua orang dipercayai komunis menaiki motosikal tanpa memakai topi keledar dalam keadaan mencurigakan di simpang Jalan Travers dan Jalan Bangsar, Kuala Lumpur. Mereka melepaskan tembakan ke arah polis yang cuba menahan mereka sebelum menghilang di sebalik kegelapan kabus pagi yang tebal.

Di tempat letupan, polis menemui dua topi keledar dan dua helai bendera komunis yang ditinggalkan di situ. Berdasarkan penemuan kesan darah di tempat kejadian, polis percaya kemungkinan seorang penyerang Tugu Negara tercedera terkena letupan. Berikutan itu, polis segera mengeluarkan arahan meminta kerjasama doktor di hospital atau klinik yang didatangi mana-mana individu yang cedera terkena letupan supaya segera menghubungi polis.

Polis melancarkan gerakan besar-besaran untuk mengesan empat pengganas berkenaan dan tumpuan operasi ialah di semua penempatan yang disyaki terutama di sekitar Bangsar. Polis percaya, kumpulan pengganas itu mungkin menyamar sebagai pekerja buruh binaan.

Sehari selepas kejadian letupan itu, polis menemui sebuah motosikal jenis Yamaha 100 cc tersadai di tempat letak kereta berhampiran pasar Jalan Pudu kira-kira jam 1 tengah hari. Berdasarkan rekod, motosikal itu dipercayai dicuri di Flet Jalan Loke Yew pada 18 Ogos. Walaupun tidak dapat disahkan motosikal itu digunakan pengganas, jenisnya dikatakan menyamai laporan awal kenderaan yang digunakan dua pengganas untuk melarikan diri ketika terserempak dengan polis.

Tapi tiada maklumat sama ada komunis-komunis itu dapat ditangkap."

Huh..Kenapa kat sekolah dulu aku tak pernah diajar dan diberitahu tentang kejadian ni? Aku rasa sistem pembelajaran Sejarah patut diperhalusi lagi demi masa depan anak-anak bangsa Malaysia.

Diharap pembaca dapat nilai sendiri tentang harga kemerdekaan yang dikecapi setiap hari. Janganlah dipersiakan perjuangan tok nenek kita dahulu yang hanya mahukan kebahagiaan anak cucu. Kita perlu fikir apakah masa depan yang patut kita beri kepada warisan kita dikemudian hari. Tepuk dada,tanya akal..jika ada.

Lagu Untuk Patriot Negara


Jom nyanyikan lagu ini untuk pahlawan-pahlawan kita.

Inilah barisan kita,
Yang ikhlas berjuang.
Siap sedia berkorban,
Untuk ibu pertiwi!

Sebelum kita berjaya,
Jangan harap kami pulang!
Inilah sumpah pendekar kita,
Menuju medan bakti!

Andai kata kami gugur semua,
Taburlah bunga di atas pusara.
Kami mohon doa,
Malaysia berjaya!

Semboyan telah berbunyi,
Menuju medan bakti!

Terima kasih dan penghargaan saya ucapkan kepada semua anggota tentera dan polis yang telah berjuang dari zaman Tok nenek saya dulu sehingga sekarang demi kedamaian dan keselamatan tanah air kita. Al-Fatihah buat anggota-anggota yang telah terkorban semasa bertugas.Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Jasa anda semua akan saya kenang hingga keakhir hayat.Kisah perjuangan anda semua akan saya turunkan kepada semua zuriat saya agar mereka terus memperingati pengorbanan anda semua.Terima kasih.
Selamat menyambut hari pahlawan.

Gambar Free

Erm..sila la gunakan gamba ini untuk apa-apa tujuan pun.

Tuesday, August 4, 2009

AKU BUKAN RASIS

Melayukah aku? jika ditanya tentang asal aku, Ya, aku berbangsa Melayu. Keluarga aku pula terdiri dari keluarga guru. Arwah bapa mak aku,seorang guru di Segamat johor. Nenek aku juga seorang guru. Begitu juga dengan arwah bapa ayah aku,seorang guru di Batu Pahat yang pernah sembunyi didalam hutan ketika komunis mengganas di Muar dan Batu Pahat. Agama adalah sebahagian dari kehidupan keluarga aku,keluarga Tok Nek aku.Hingga kini,tak terkira ramainya guru didalam keluarga aku. Yang paling baru, bapa mertua aku juga bekas guru dan kini bekerja dengan Jabatan Pendidikan di Shah Alam. :)

Walaupun aku ni 'mamat' jenis suka seluar jeans, berambut panjang sampai bahu, dengar muzik yang boleh membingitkan telinga, namun hati aku sudah disemai dari kecik dengan nilai-nilai sebagai muslimin dan jiwa yang cintakan tanah air. Aku juga telah diajar berfikir secara rasional tentang baik dan buruk dan menilai menggunakan akal jika ragu tentang sesuatu. Aku akan bertanya jika tidak tahu dan berkongsi ilmu jika ditanya. Itulah aku. Namun aku bukan rasis.

Kawan baik aku datang dari semua lapisan masyarakat.Ada Melayu, Cina, India, Kadazan dan Sabahan. Semasa muda juga aku pernah berkawan dengan rakan-rakan dari US dan Britain. Mereka juga siap datang beraya di rumah orang tua aku semasa aku tinggal di Titiwangsa. Boleh dikatakan hidup aku meriah dengan teman-teman seperjuangan yang datang dari berbagai latar belakang dan kaum. Aku bangga berkawan dengan mereka.

Sejak kebelakangan ini, segelintir manusia yang gila kuasa seakan-akan cuba mengeruhkan suasana harmoni pelbagai kaum di negara kita. Aku rasa aku tidak boleh berdiam diri buat tak tahu dengan hasutan-hasutan fahaman anarkis berhaluan kiri ini. Hak aku untuk hidup aman bersama isteri,keluarga dan teman-teman tidak aku benarkan digugat oleh sesiapa pun apalagi oleh bangsat-bangsat yang tamak kuasa.

Dulu sewaktu mula-mula cuba berblogging ni,aku belum tahu kemana arah tujuan. Kini aku sudah jumpa.Aku akan membantu rakan-rakan bloggers yang sealiran fahaman dan perjuangan, walaupun cara aku tidak semestinya sama dengan cara mereka. Namun matlamat aku dan mereka adalah sama. Segala-gala demi Alif,Ba,Ta.. Agama,Bangsa dan Tanahair. Namun aku tetap bukan rasis. Aku hanya hamba yang hina disisi Allah.

Poster Free

Blog Widget by LinkWithin