Tuesday, August 4, 2009

AKU BUKAN RASIS

Melayukah aku? jika ditanya tentang asal aku, Ya, aku berbangsa Melayu. Keluarga aku pula terdiri dari keluarga guru. Arwah bapa mak aku,seorang guru di Segamat johor. Nenek aku juga seorang guru. Begitu juga dengan arwah bapa ayah aku,seorang guru di Batu Pahat yang pernah sembunyi didalam hutan ketika komunis mengganas di Muar dan Batu Pahat. Agama adalah sebahagian dari kehidupan keluarga aku,keluarga Tok Nek aku.Hingga kini,tak terkira ramainya guru didalam keluarga aku. Yang paling baru, bapa mertua aku juga bekas guru dan kini bekerja dengan Jabatan Pendidikan di Shah Alam. :)

Walaupun aku ni 'mamat' jenis suka seluar jeans, berambut panjang sampai bahu, dengar muzik yang boleh membingitkan telinga, namun hati aku sudah disemai dari kecik dengan nilai-nilai sebagai muslimin dan jiwa yang cintakan tanah air. Aku juga telah diajar berfikir secara rasional tentang baik dan buruk dan menilai menggunakan akal jika ragu tentang sesuatu. Aku akan bertanya jika tidak tahu dan berkongsi ilmu jika ditanya. Itulah aku. Namun aku bukan rasis.

Kawan baik aku datang dari semua lapisan masyarakat.Ada Melayu, Cina, India, Kadazan dan Sabahan. Semasa muda juga aku pernah berkawan dengan rakan-rakan dari US dan Britain. Mereka juga siap datang beraya di rumah orang tua aku semasa aku tinggal di Titiwangsa. Boleh dikatakan hidup aku meriah dengan teman-teman seperjuangan yang datang dari berbagai latar belakang dan kaum. Aku bangga berkawan dengan mereka.

Sejak kebelakangan ini, segelintir manusia yang gila kuasa seakan-akan cuba mengeruhkan suasana harmoni pelbagai kaum di negara kita. Aku rasa aku tidak boleh berdiam diri buat tak tahu dengan hasutan-hasutan fahaman anarkis berhaluan kiri ini. Hak aku untuk hidup aman bersama isteri,keluarga dan teman-teman tidak aku benarkan digugat oleh sesiapa pun apalagi oleh bangsat-bangsat yang tamak kuasa.

Dulu sewaktu mula-mula cuba berblogging ni,aku belum tahu kemana arah tujuan. Kini aku sudah jumpa.Aku akan membantu rakan-rakan bloggers yang sealiran fahaman dan perjuangan, walaupun cara aku tidak semestinya sama dengan cara mereka. Namun matlamat aku dan mereka adalah sama. Segala-gala demi Alif,Ba,Ta.. Agama,Bangsa dan Tanahair. Namun aku tetap bukan rasis. Aku hanya hamba yang hina disisi Allah.

4 comments:

  1. salam ziarah,
    Bravo bro.saya sokong dan puji semangat anda.jom kita sama2 berjuang.

    ReplyDelete
  2. Salam,

    terimakasih menjenguk blog sy and being my follower...selamat berjuang..Takkan melayu dan islam hilang di dunia...

    ReplyDelete
  3. anarchist is anti fasicm and anti racism,your argument are shit douchebag

    ReplyDelete
    Replies
    1. Helo..anarkis tu anti establishment la bangang..budak hingusan nk tunjuk terer

      Delete

Blog Widget by LinkWithin