Friday, October 2, 2009

TBH: DNA lelaki misteri didedah hari ini

SHAH ALAM 1 Okt. - Teka-teki tentang asid deoksiribonukleik (DNA) 'lelaki misteri 1' yang ditemui pada tali pinggang Teoh Beng Hock bakal terjawab esok apabila ahli kimia, Dr. Seah Lay Hong dijadual memberi keterangan sekali lagi berhubung padanan yang ditemuinya.

Koroner Azmil Muntapa Abas membenarkan permohonan peguam mewakili kerajaan Malaysia, Tan Hock Chuan untuk memanggil semula ahli kimia dari Jabatan Kimia Malaysia itu bagi membolehkan beliau menjelaskan tentang DNA yang berjaya dikenal pasti itu.

Walaupun peguam pemerhati keluarga mendiang, Gobind Singh Deo membantah kerana beliau mempunyai kes di mahkamah lain, Lay Hong tetap akan memberi keterangan esok memandangkan saksi itu dijadualkan ke Mahkamah Tinggi Muar, Johor sepanjang minggu depan.

Sebelum ini, Lay Hong dalam keterangannya memberitahu beliau menemui lebih dua DNA lelaki misteri termasuk DNA 'lelaki misteri 1' pada bahagian koyakan tali pinggang yang dipakai Beng Hock semasa dia ditemui mati di koridor tingkat lima, Plaza Masalam di sini pada 16 Julai lalu.

DNA lelaki misteri itu juga ditemui pada bahagian belakang kot hitam yang dipakai oleh Beng Hock.
Namun tiada padanan yang ditemui walaupun lebih 157 sampel DNA milik kakitangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hospital, polis dan saksi-saksi dianalisis oleh Lay Hong.

Sementara itu, Hock Chuan juga memaklumkan beliau akan mengemukakan soalan-soalan yang disediakan dua pakar psikiatri forensik dari Hospital Selayang dan Hospital Permai, Johor Bahru untuk diteliti oleh mahkamah esok.

Soalan-soalan itu akan digunakan untuk menemu duga saksi-saksi yang bersama Beng Hock, keluarga dan rakan-rakannya bagi membantu Mahkamah Koroner di sini dalam usaha menentukan tahap kesihatan mental mendiang sebelum kematiannya.

Pada prosiding hari ini, peguam Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili kerajaan negeri Selangor memohon agar tarikh 27 dan 28 Oktober ini dilapangkan untuk membolehkan pakar forensik dari Thailand memberi keterangan.

Update: DNA misteri milik lelaki dibedah siasat sebelum itu
SHAH ALAM: Mahkamah Koroner di sini diberitahu DNA misteri pada mayat Teoh Beng Hock adalah milik seorang lelaki, M Gopala yang dibedah siasat di meja sama sebelum Teoh di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.

hmm.. dah conferm la TBH terjun tingkap (mungkin sebab malu terkantoi).. DNA 'misteri' yang si Gobind the Auta cuba gunakan konon-kononnya SPRM yang bunuh TBH telah terjawab... So kira boleh la tutup kes TBH ni. Dah sampai masa untuk bukak balik kes si Ronnie,Tan,wong dan Ean, penyamun-penyamun DAPigs yang menyamun duit rakyat sebanyak rm500,000 dan tak lupa juga kes YB Rodziah sedut rm375,000 tu.. haha.. berpeluh la ketiak exco-exco penyamun tu lepas ni.. termasuk la MB Lembu bangang yang dah nak muflis tu..ahaks!

No comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin