Saturday, July 18, 2009

AKU BUKAN HERO

Hah..
Sambil layan lagu dari album terbaru RANCID 'Let the Dominoes fall' aku memblogkan diri..haha
Ni adalah Nukilan blog rasmi dan yang pertama untuk aku..dulu blog main-main kat myspace jer..huhu.

Aku pun sebenarnya belum tahu arah tujuan blog aku ni..hehe nak kata aku suka tulis diari..tak jugak..poyo jer aku rasa kalau nak tulis diari kat blog ni..lagipun siapa nak baca dan nak ambil peduli tentang kisah hidup aku?Betul tak? Aku bukan Faizal Tahir, aku bukan jutawan seperti Tomok dan aku jugak bukan pengkritik bertauliah seperti Paul Moss. :)

Aku bukan orang penting.Hanya makhluk kecil sebesar kuman di sisi ALLAH s.w.t. dan aku ni bukan hero atau ingin menjadi hero.

Sebenarnya aku agak berminat dalam bidang penulisan,kerana bagi aku menulis ni umpama melukis tapi bukan menggunakan berus dan pewarna.Penulis hanya melukis menggunakan ayat yang berkanvaskan imaginasi si pembaca.Jadi secara tidak langsung,jika aku berjaya menulis sesuatu yang kreatif,aku akan mengerakkan daya imaginasi orang-orang yang membaca penulisan aku.Betul tak? :)

Ok lah,salam perkenalan untuk korang yang tersilap masuk ke blog aku ni walaupun korang sebenarnya nak cari laman lain.Biasala tu,aku pun kekadang terlayan gak blog orang walaupun bukan niat nak masuk laman dia..hehe

Untuk isteriku yang tercinta yang sama-sama baru blogging seperti aku,thanks for the inspiration.

Ok la..jumpa lagi.Belakang aku dah sakit sebab dok lama-lama bersila depan pc kat opis dalam bilik komputer aku ni..haha

Assalamualaikum.

Dozz Vader
Ex-skater 90an,ex-bmxer 2005-2007


No comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin