Monday, July 20, 2009

GHIBLI


Korang pernah dengar nama GHIBLI? Belum? Ok, GHIBLI adalah nama sebuah studio anime yang terkemuka di Jepun.Nama 'GHIBLI' tu datang dari bahasa Itali sempena nama kapal terbang pengintip atau scout di padang pasir Sahara ketika WWII yang bermaksud "hot wind blowing through the Sahara Desert".Teori disebalik penggunaan nama itu oleh studio berkenaan adalah bermaksud seperti membawa 'angin perubahan baru industri anime jepun'.

Studio Ghibli ditubuhkan pada tahun 1985 diketuai oleh Hayao Miyazaki dan kawan baik beliau Isao Takahata serta pengarah eksekutif studio tersebut,Toshio Suzuki.Logo Studio Ghibli menggunakan watak Totoro dari filem anime 'My neighbour Totoro'.


Hayao Miyazaki dan Isao Takahata

Diantara cerita anime popular Studio Ghibli diperingkat antara bangsa ialah Howls Moving Castle, Spirited Away, My Neighbour Totoro , Kiki's Delivery Service, Pom Poko, My Neighbour the Yamadas, Grave Of the Fireflies, Tales From the earthsea dan yang terbaru ialah Ponyo On A Cliff.
Filem 'Ponyo On A Cliff' adalah merupakan filem Miyazaki yang terakhir dan beliau membuat filem tersebut dengan lukisan watercolour dengan tangan tanpa bantuan komputer lansung."Nak back to basics sebab ini adalah yang terakhir dari saya.." katanya semasa temurah pembikinan anime tersebut.

Miyazaki sedang tunjuk terrer dalam lukisan untuk storyboard animasi 'Ponyo On A Cliff'

Filem anime "Grave Of The Fireflies' adalah satu-satunya filem anime bukan karya dan arahan miyazaki yang mendapat sambutan dan review yang banyak kerana anime ini memaparkan kisah sedih kehidupan 2 anak yatim ketika penghujung perang dunia kedua di Jepun.Sedih beb cerita ni. Tak caya? cuba la tonton.

Cerita sedih arahan Isao Takahata

Pemenang anugerah Oscar 2003 'Best animated Feature' arahan Miyazaki

Bagi aku,filem-filem animasi dari Studio Ghibli memang best sebab animasi-animasi mereka begitu 'hidup' dengan emosi.Penceritaan juga adalah hebat dari segi plot, memek muka dan emosi karektor-karektor yang dipertonjolkan.Idea fantasi Mayazaki memang tak dapat dinafikan. Cara pemikiran beliau dalam penceritaan fantasi dan diterjemahkan ke dalam animasi adalah sangat mengkagumkan.Rasa macam nak tengok balik jer koleksi Studio Ghibli aku malam nanti.Huhu

No comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin