Tuesday, July 28, 2009

Kenapa Kita perlu tentang DAP

Ringkasan:
"Parti Tindakan Demokratik (DAP: Democratic Action Party) adalah parti serpihan daripada Parti Tindakan Rakyat (PAP: People's Action Party) di Singapura yang diasaskan pada Oktober 1965 sebelum didaftarkan secara rasmi enam bulan kemudian sebagai salah satu parti politik Malaysia,pada 18 Mac 1966.
Parti Tindakan Demokratik (DAP) berfungsi sebagai sebuah parti demokratik sosial yang "berjanji akan berpegang kuat kepada ideologi satu negara Malaysia yang bebas, demokratik dan berfahaman sosialis, berdasarkan prinsip-prinsip keadilan kaum dan kesaksamaan sosial dan ekonomi yang berasaskan institusi demokrasi berparlimen."(Pengisytiharan Setapak), dibuat pada Kongres Kebangsaan DAP pertama di Setapak, Kuala Lumpur pada 29 Julai 1967).

Pada Ogos 1966, lidah rasmi parti iaitu Roket diterbitkan buat pertama kali.

Pada Oktober 1967, DAP menyertai 55 parti demokratik sosial, sosialis dan buruh yang lain di seluruh dunia sebagai ahli Sosialis Antarabangsa (SI) di Persidangan Antarabangsa SI di Zurich, Switzerland.

Lee Kuan Yew yang tidak setuju dengan cubaan Perikatan-Umno bertanding dalam pilihan raya di Singapura, telah membuka cawangan PAP di Semenanjung Malaysia.Apabila Singapura berpisah dari Malaysia pada 9 Ogos 1965,pendaftaran parti PAP telah dibatalkan pada 9 September 1965, tahun yang sama.

Devan Nair selaku ahli parlimen Bangsar yang ditinggalkan oleh PAP cuba menghidupkan PAP yang baru dengan nama Parti Tindakan Rakyat Malaysia.

Tetapi pendaftar pertubuhan menolak penubuhan PAP kerana nama yang sama itu akan mengelirukan orang ramai. Oleh itu Devan Nair menggunakan nama baru iaitu 'Parti Tindakan Demokratik' atau DAP. Pada 3 Mac 1966 Surat dari Pendafar Pertubuhan menolak penubuhan DAP kerana perlembagaan parti itu tidak selaras dengan peraturan undang-undang Perdaftaran Persatuan.

Pada 19 Mac 1966 pendaftaran DAP diluluskan oleh Pendaftaran Pertubuhan. Devan Nair berulang kali menegaskan bahawa DAP tidak akan mengamalkan dasar perkauman dan berusaha mencantumkan kembali Singapura ke dalam Malaysia."
sumber :wikipedia

Lebih kurang macam tu la sejarah DAP.Tapi kenapa kita perlu tentang DAP?
  1. Berfahaman SOCIALIST. Socialis ni bukan makna suka bersosial tau?!sila tanya pakcik Google makna istilah Sosialis tu.Belajar sikit sejarah SOCIALISM, ok?
  2. Ditubuhkan oleh bekas ahli PAP,sebuah Parti Politik Singapura yang cukup anti-Melayu dan Anti-Raja Melayu dan agama Islam.
  3. Mentor kepada DAP ialah Lee Kuan Yew.Orang yang bertanggungjawab membawa Singapura keluar dari Malaysia.
  4. DAP gagal menyatukan Malaysia dengan Singapura seperti yang dicakap oleh DEVAN NAIR,orang yang menubuhkan DAP.
  5. Lim Kit Siang adalah anak murid Lee Kuan Yew dan berfahaman Komunis yang ingin menghapuskan Sistem Raja Berpelembagaan Melayu dan status Islam sebagai agama rasmi Malaysia.
  6. DAP parti yang paling lantang dalam mempertikaikan dasar-dasar untuk kebaikan orang Melayu dan apa-apa juga yang berkaitan Melayu.
  7. Ingin mewujudkan Singapura kedua di tanah semenanjung.

Persamaan logo DAP dan PAP


Janji DAP


Niky Aziz yang menentang perpaduan Ummah amat teruja dapat bertemu denga Lee

Korang ingat tak masa Lee Kuan Yew datang Malaysia tempohari?Korang rasa kenapa? Kenapa beliau pergi jumpa ketua-ketua Parti Pembangkang sahaja?
Diharap kepada melayu-melayu yang terpekik terlolong bersama-sama DAP membuka sikit mata dan hati.Pilihlah dengan bijak siapa anda yang sokong.Jangan mudah diperbodohkan dengan cakap-cakap Lim keparat.Bersatulah untuk menjadikan bangsa kita dan agama kita kuat dan tidak mudah diperlekeh oleh keparat-keparat dalam DAP dan Perompak Rakyat.

No comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin