Sunday, August 23, 2009

Cerita-ceriti

Salam Ramadan,

Erm, pejam celik tahu-tahu dah masuk bulan Ogos. Bulan kemerdekaan. Bulan dimana semua saluran TV akan menayangkan iklan-iklan patriotik. Bulan ini juga kita akan lihat banyak kenderaan diatas jalan tidak kira kereta, motor, bas, lori mahupun basikal dihiasi dengan Jalur Gemilang. Berita dan cerita politik masih menduduki carta teratas tidak kira dimana sama ada di pejabat-pejabat kerajaan, kedai runcit, kilang-kilang sampailah ke meja di kedai kopi walaupun sekarang bulan ramadan, bulan untuk umat Islam menahan diri dari nafsu, dan bulan peluang untuk menginsafi diri dan bulan untuk mencari berkat dan pahala dari yang maha esa.

Okey lah, apakah erti kemerdekaan bagi anda semua? bagi aku makna kemedekaan tu berbeza-beza mengikut umur.

Sewaktu zaman belum baligh, Hari kemerdekaan bermakna malam nanti aku dapat tengok pertunjukan bunga api yang gah di Dataran Merdeka. Lepas tu kat TV ada konsert dan rancangan-rancangan best untuk ditonton.

Bila dah remaja sikit, malam merdeka bemakna aku mesti keluar dengan skateboard aku ke Dataran dengan kawan-kawan skate yang lain, tengok bunga api dan konsert, lepas tu melepak sampai pagi kat KL ber skateboard dengan kawan-kawan. Best gila time tu..

Tentu ada dikalangan anda yang pernah terserempak dengan budak-budak skateboard ketika malam merdeka yang meluncur dari Dataran Merdeka hinggalah ke Kompleks Pertama sekitar tahun 90an kan?! haa.. salah seorang budak-budak yang selekeh dan kecoh tu adalah aku.. hehe

Bila habis sekolah, macam biasalah, zaman makan sampah.. bila malam merdeka aku dengan geng-geng rambut pacak berwarna-warni berkeliaran kat area Bukit Bintang. Banyak aktiviti tak berfaedah aku buat ketika itu. Maklumlah, budak PUNK, takkan pergi Bukit Bintang bertabligh kat orang kan?!

Bergaduh dengan puak-puak skinhead dan PATI dah kira macam tradisi jer bila malam merdeka.. huhu tapi aku tak kacau orang. Bergaduh dengan bebudak skinhead pun sebab diorang ni suka mabuk ramai-ramai depan KL Plaza lepas tu pau budak kecik ngan pelancong luar, tu yang kena debik beramai-ramai tu..

Bila umur dah 20an, malam merdeka bermakna berkumpul dekat medan selera belakang bangunan Tabung Haji lama di Jalan Ipoh. Lepak PERKIM ayat ringkas aku. Malam merdeka time ni memang meriah kat PERKIM tu dengan beratus-ratus mat motor yang datang dari macam-macam puak dan kumpulan, tapi kat situ jarang terjadi benda-benda yang tak best sebab zaman tu mat motor masih lagi mat motor, bukan mat rempit.

Lumba haram kat Jalan Ipoh tu dah kira macam lumrah la sapa yang datang bawak motor kat situ. Maklumlah.. budak muda darah panas dengan hati kering. setakat tercium bontot teksi atau terlanggar bontot bas tu kira perkara kecik jer.. dah tergolek boleh bangun angkat motor sambung balik lumba.. hehe Polis jer kekadang datang berlori-lori nak angkut, tapi bila lori baru parking jer, area situ dah tinggal asap motor jer.. sunyi sepi.. semua lari pergi port Klang ikut NKVE, lumba kat highway pulak.. tapi tu zaman dulu la.. fuh memang merdeka.

Sekarang ni pulak, bila dah ada kerjaya yang okey, dah beristeri yang comel, aku mula memahami makna kemerdekaan yang sebenar. Aku kini bebas dari pengaruhi negatif kehidupan. Mula memahami erti perjuangan pejuang-pejuang negara yang telah membebaskan negara dari sebarang bentuk penjajahan. Tanpa mereka tentu aku tidak dapat melalui fasa-fasa kehidupan yang aku sebut tadi kerana aku boleh melakukan itu semua disebabkan betapa merdekanya Tanah Air kita ini. Aku bebas untuk kemana-mana, bebas untuk beribadat, bebas untuk berbicara tentang apa saja. Aku juga bebas untuk membuat pilihan tanpa mengikut telunjuk sesiapa. Aku hanya perlu bijak menggunakan akal dalam membuat keputusan dan mengikut teladan yang baik untuk hidup dengan aman di bumi tercinta. Prinsip asas yang paling aku pegang didalam kehidupan aku ialah:
  1. Kepercayaan Kepada Tuhan
  2. Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara
  3. Keluhuran Perlembagaan
  4. Kedaulatan Undang-Undang
  5. Kesopanan Dan Kesusilaan
Aku sedar, kini, giliran aku pula untuk berjuang mengekalkan kemerdekaan yang kita ada sekarang demi untuk generasi aku dimasa hadapan. Apa-apa pun, ini hanya nukilan aku sebab bulan puasa ni aku malas nak berdebat hal politik, cukup la setakat memerhati apa yang berlaku.

SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE 52.


3 comments:

  1. Kemerdekaan kita memang harus dihargai dan dijaga sampai bila-bila.Jangan sampai terlepas ke tangan manusia yang tak bertanggungjawab.
    Selamat Hari Merdeka dan Selamat Berpuasa!
    =)

    ReplyDelete
  2. Secara fizikalnya negara kita telah merdeka lama, 52 tahun. Tapi manusia yang menguruskan negara kita yang tercinta ini tidak bertanggungjawab (maksud saya kurang bertanggungjawab). Terlalu banyak perkara diabaikan sehingga majoriti rakyat mula menolak kepimpinan kerajaan yang sedia ada untuk ditukar dengan kerajaan baru..!!

    ReplyDelete
  3. majoriti rakyat menolak kerajaan?salah tu encik kuda perang..minoriti rakyat sahaja yg menolak,majoriti rakyat masih waras dan bijak lagi ye.itupun minoriti rakyat yg tak tau bersyukur.Nabi SAW pun buat byk kerja dlm satu masa nak meningkatkan ekonomi,berniaga,gembala kambing,dll,disamping tugas berat lagi tu mengambangkan Islam.ini baru kerja makan gaji,pegi keje,balik keje,melantak,tido,ada hati nak jadi kaya.lps tu bile miskin,salahkan kerajaan.inilah pemikiran yang telah disumbatkan ke kepala minoriti itu oleh pemimpin2 pembangkang yang pentingkan diri semata-mata.boleh blah sekali lagi!!!

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin