Showing posts with label komunis. Show all posts
Showing posts with label komunis. Show all posts

Wednesday, August 5, 2009

SEJARAH YANG ANDA MUNGKIN TAK TAHU

KOMUNIS LETUP TUGU NEGARA.
Keratan akhbar bertarikh 27 Ogos 1977, 4 hari sebelum Hari Kemerdekaan ke 20

Haa..gempak tak tajuk akhbar tersebut?! Aku terjumpa semasa tengah browsing-browsing tadi.. selama ni pun aku tak pernah tahu tentang kejadian tersebut. Baru sedar yang ilmu sejarah aku ni masih cetek rupanya.. okey kisahnya macam ni....

'Kejadian itu berlaku pada 26 Ogos 1975, kira-kira jam 5 pagi telah memusnahkan satu patung besar serta dua kepala patung yang jatuh daripada kedudukan asal. Pihak berkuasa percaya letupan itu dilakukan Barisan Pembebasan Kebangsaan Malaya (MNLF). Berdasarkan siasatan awal, polis percaya komunis merancang untuk meletupkan Tugu Negara pada jam 6 pagi iaitu ketika sesi tiupan biugel yang diadakan di situ. Mereka mensasarkan untuk membunuh semua peserta yang mengambil bahagian dalam perbarisan, tetapi malangnya cubaan mereka gagal.

Mengikut perancangan awal, mereka merancang untuk meletupkan tiga bom yang diletakkan di situ, tetapi malangnya satu daripada tiga bom itu meletup lebih awal yang meruntuhkan satu patung besar yang beratnya dianggarkan satu tan. Lantai marmar di keliling kawasan tugu retak sepanjang 2 kaki disebabkan patung besar jatuh ke lantai. Letupan kuat itu menggegarkan kawasan perumahan di sekitar Taman Bunga dan sebahagian daripada tingkap rumah mereka pecah akibat gegaran letupan.


Antara penduduk yang mendengar letupan kuat itu ialah Bapa Kemerdekaan Negara, Tunku Abdul Rahman yang tinggal berhampiran Tugu Negara. Beliau terdengar letupan kira-kira jam 5 pagi ketika bangun untuk solat menunaikan Subuh. Unit Pemusnah Bom Polis menemui dua butir bom yang belum meletup di tempat kejadian serta kesan darah dipercayai milik pengganas yang cedera, tetapi masih sempat melarikan diri.


Polis percaya empat pengganas terbabit dalam serangan itu termasuk seorang wanita. Sebaik saja letupan berlaku, polis terserempak dengan dua orang dipercayai komunis menaiki motosikal tanpa memakai topi keledar dalam keadaan mencurigakan di simpang Jalan Travers dan Jalan Bangsar, Kuala Lumpur. Mereka melepaskan tembakan ke arah polis yang cuba menahan mereka sebelum menghilang di sebalik kegelapan kabus pagi yang tebal.

Di tempat letupan, polis menemui dua topi keledar dan dua helai bendera komunis yang ditinggalkan di situ. Berdasarkan penemuan kesan darah di tempat kejadian, polis percaya kemungkinan seorang penyerang Tugu Negara tercedera terkena letupan. Berikutan itu, polis segera mengeluarkan arahan meminta kerjasama doktor di hospital atau klinik yang didatangi mana-mana individu yang cedera terkena letupan supaya segera menghubungi polis.

Polis melancarkan gerakan besar-besaran untuk mengesan empat pengganas berkenaan dan tumpuan operasi ialah di semua penempatan yang disyaki terutama di sekitar Bangsar. Polis percaya, kumpulan pengganas itu mungkin menyamar sebagai pekerja buruh binaan.

Sehari selepas kejadian letupan itu, polis menemui sebuah motosikal jenis Yamaha 100 cc tersadai di tempat letak kereta berhampiran pasar Jalan Pudu kira-kira jam 1 tengah hari. Berdasarkan rekod, motosikal itu dipercayai dicuri di Flet Jalan Loke Yew pada 18 Ogos. Walaupun tidak dapat disahkan motosikal itu digunakan pengganas, jenisnya dikatakan menyamai laporan awal kenderaan yang digunakan dua pengganas untuk melarikan diri ketika terserempak dengan polis.

Tapi tiada maklumat sama ada komunis-komunis itu dapat ditangkap."

Huh..Kenapa kat sekolah dulu aku tak pernah diajar dan diberitahu tentang kejadian ni? Aku rasa sistem pembelajaran Sejarah patut diperhalusi lagi demi masa depan anak-anak bangsa Malaysia.

Diharap pembaca dapat nilai sendiri tentang harga kemerdekaan yang dikecapi setiap hari. Janganlah dipersiakan perjuangan tok nenek kita dahulu yang hanya mahukan kebahagiaan anak cucu. Kita perlu fikir apakah masa depan yang patut kita beri kepada warisan kita dikemudian hari. Tepuk dada,tanya akal..jika ada.

Thursday, July 23, 2009

Leader Of The Bastards!(FUCK YOU)

Hari ni aku nak cakap pasal LEADERS OF THE BASTARDS.Bapak perosak negara dengan Ideologi yang meracuni minda rakyat semata-mata hendak memenuhi agenda nafsu sendiri.
Seperti yang diketahui dalam sejarah (kalau korang tak pernah belajar sejarah tu aku tak tau la..) CHIN PENG adalah ketua pemula pergerakan PKM di Malaya.

Public Enemy #1 :Chin Peng

Chin Peng cuba menyebarkan fahaman Komunis dari Tanah Besar China hingga ke semenanjung Malaysia selepas kejatuhan tentera Jepun di Tanah Melayu.Beliau sebenarnya ingin menjatuhkan Sistem Melayu Beraja yang telah sedia ada di Tanah Melayu ketika itu.Beliau telah memasuki segenap pelusuk kampung dan pekan untuk merekut ahli dari golongan pejuang melayu yang sedang diburu oleh pihak Inggeris kerana menyertai pertubuhan yang diharamkan oleh kerajaan Inggeris ketika itu.Chin Peng menipu pejuang-pejuang melayu kita yang sedang menentang Inggeris itu menyertai PKM dengan mengunakan slogan dan propaganda yang negara ini masih dijajah British dan harus dibebaskan.Tujuan Chin Peng merekrut mereka adalah untuk menarik lebih ramai lagi anak melayu menyertai menyertai PKM supaya kelihatan dimata masyarakat Tanah Melayu ketika itu,PKM ini disokong bukan sahaja oleh masyarakat cina tapi disokong juga oleh orang-orang Melayu.

Chin Peng dan Mat Amin,1989
Tetapi pada hakikatnya,anak-anak muda melayu yang diserap hanya dikhaskan didalam rejimen khas yang dipanggil Rejimen ke 10 dan ditempatkan di Pahang.Sebahagian besar lagi jumlah ahli lain terdiri dari bangsa cina yang datang dari askari MPAJA kemudian bertukar kepada PKM.Kemudian bermula episod kekejaman PKM di Tanah Melayu.

Barisan askar MPAJA semasa keluar dari hutan selepas Jepun tewas di Tanah Melayu

Selepas Jepun tewas,PKM mula mengganas dengan mengamuk dan menangkap dan membunuh orang Melayu,Cina atau India yang disyaki baik dengan Jepun.Mereka mula bertindak seperti negara ini diperintah oleh PKM yang diketuai oleh Chin Peng.


Askar PKM semasa persediaan sebelum mengisytiharkan darurat untuk menangkap dan membunuh sesiapa sahaja yang disyaki baik dengan jepun dan Inggeris.

Rashid Maidin,antara ketua Komunis Melayu yang ditipu oleh Chin Peng

Mat Indera,seorang pemuda yang berlatar belakangkan agama yang kuat,juga terpedaya dengan ajakan komunis dan mengetuai serangan keatas Bukit Kepong



Kekejaman komunis terhadap polis di Bukit Kepong.mangsa yang cedera dicampak hidup-hidup kedalam api.


Kaum hawa juga mengangkat senjata menentang Chin Peng
Kaum bapa terlibat dalam kawalan kampung menjaga keselamatan keluarga tercinta dari PKM
Lihatlah wajah-wajah pejuang sebenar negara kita.Tidak meminta pembalasan harta dan wang ringgit.Hanya kehidupan yang bebas dan negara yang aman.

Adakah 'Leader of the Bastards' patut dibenarkan pulang seperti yang dilaung-laungkan oleh pemimpin pembangkang? Komunis tetap komunis,walaupun pakaian sudah ditukar.Renungkan dan fikirkan tentang arah tujuan perjuangan kamu.Demi negara atau demi kuasa?Al-Fatihah untuk pahlawan kita yang terkorban semasa melawan komunis.FUCK YOU,anwar ibrahim.

Credits to:tunjanglangit.blogspot.com
Blog Widget by LinkWithin