Wednesday, August 5, 2009

SEJARAH YANG ANDA MUNGKIN TAK TAHU

KOMUNIS LETUP TUGU NEGARA.
Keratan akhbar bertarikh 27 Ogos 1977, 4 hari sebelum Hari Kemerdekaan ke 20

Haa..gempak tak tajuk akhbar tersebut?! Aku terjumpa semasa tengah browsing-browsing tadi.. selama ni pun aku tak pernah tahu tentang kejadian tersebut. Baru sedar yang ilmu sejarah aku ni masih cetek rupanya.. okey kisahnya macam ni....

'Kejadian itu berlaku pada 26 Ogos 1975, kira-kira jam 5 pagi telah memusnahkan satu patung besar serta dua kepala patung yang jatuh daripada kedudukan asal. Pihak berkuasa percaya letupan itu dilakukan Barisan Pembebasan Kebangsaan Malaya (MNLF). Berdasarkan siasatan awal, polis percaya komunis merancang untuk meletupkan Tugu Negara pada jam 6 pagi iaitu ketika sesi tiupan biugel yang diadakan di situ. Mereka mensasarkan untuk membunuh semua peserta yang mengambil bahagian dalam perbarisan, tetapi malangnya cubaan mereka gagal.

Mengikut perancangan awal, mereka merancang untuk meletupkan tiga bom yang diletakkan di situ, tetapi malangnya satu daripada tiga bom itu meletup lebih awal yang meruntuhkan satu patung besar yang beratnya dianggarkan satu tan. Lantai marmar di keliling kawasan tugu retak sepanjang 2 kaki disebabkan patung besar jatuh ke lantai. Letupan kuat itu menggegarkan kawasan perumahan di sekitar Taman Bunga dan sebahagian daripada tingkap rumah mereka pecah akibat gegaran letupan.


Antara penduduk yang mendengar letupan kuat itu ialah Bapa Kemerdekaan Negara, Tunku Abdul Rahman yang tinggal berhampiran Tugu Negara. Beliau terdengar letupan kira-kira jam 5 pagi ketika bangun untuk solat menunaikan Subuh. Unit Pemusnah Bom Polis menemui dua butir bom yang belum meletup di tempat kejadian serta kesan darah dipercayai milik pengganas yang cedera, tetapi masih sempat melarikan diri.


Polis percaya empat pengganas terbabit dalam serangan itu termasuk seorang wanita. Sebaik saja letupan berlaku, polis terserempak dengan dua orang dipercayai komunis menaiki motosikal tanpa memakai topi keledar dalam keadaan mencurigakan di simpang Jalan Travers dan Jalan Bangsar, Kuala Lumpur. Mereka melepaskan tembakan ke arah polis yang cuba menahan mereka sebelum menghilang di sebalik kegelapan kabus pagi yang tebal.

Di tempat letupan, polis menemui dua topi keledar dan dua helai bendera komunis yang ditinggalkan di situ. Berdasarkan penemuan kesan darah di tempat kejadian, polis percaya kemungkinan seorang penyerang Tugu Negara tercedera terkena letupan. Berikutan itu, polis segera mengeluarkan arahan meminta kerjasama doktor di hospital atau klinik yang didatangi mana-mana individu yang cedera terkena letupan supaya segera menghubungi polis.

Polis melancarkan gerakan besar-besaran untuk mengesan empat pengganas berkenaan dan tumpuan operasi ialah di semua penempatan yang disyaki terutama di sekitar Bangsar. Polis percaya, kumpulan pengganas itu mungkin menyamar sebagai pekerja buruh binaan.

Sehari selepas kejadian letupan itu, polis menemui sebuah motosikal jenis Yamaha 100 cc tersadai di tempat letak kereta berhampiran pasar Jalan Pudu kira-kira jam 1 tengah hari. Berdasarkan rekod, motosikal itu dipercayai dicuri di Flet Jalan Loke Yew pada 18 Ogos. Walaupun tidak dapat disahkan motosikal itu digunakan pengganas, jenisnya dikatakan menyamai laporan awal kenderaan yang digunakan dua pengganas untuk melarikan diri ketika terserempak dengan polis.

Tapi tiada maklumat sama ada komunis-komunis itu dapat ditangkap."

Huh..Kenapa kat sekolah dulu aku tak pernah diajar dan diberitahu tentang kejadian ni? Aku rasa sistem pembelajaran Sejarah patut diperhalusi lagi demi masa depan anak-anak bangsa Malaysia.

Diharap pembaca dapat nilai sendiri tentang harga kemerdekaan yang dikecapi setiap hari. Janganlah dipersiakan perjuangan tok nenek kita dahulu yang hanya mahukan kebahagiaan anak cucu. Kita perlu fikir apakah masa depan yang patut kita beri kepada warisan kita dikemudian hari. Tepuk dada,tanya akal..jika ada.

3 comments:

  1. Salam...

    Saya baru tahu melalui MHI baru-baru ini. Manusia yang sokong komunis adalah manusia bodoh yang terlalu taksub dengan mulut busuk si anwar ibrahim...

    ReplyDelete
  2. salam,

    Adakalahnya, kementerian penerangan tak berfungsi seperti yg sepatutnya. Adakah mungkin pegawai2nya berjiwa pembangkang dan cuba mensabotaj kjaan ? Tidak mustahil bukan ?

    izinkan sy menghangatakan kembali sejarah ini di blog pemudatapah.

    terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Keizinan diberi untuk sesiapa yang bernait berkongsi ilmu. salam perjuangan untuk semua.

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin