Friday, August 21, 2009

Bukti syurga N.ajis!

Nik Aziz sedia bersemuka dengan Majlis Fatwa Kebangsaan

KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau sedia bersemuka dengan Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan berhubung kenyataannya bahawa ajaran Islam yang diamalkan Umno tidak boleh membawa penyokong parti itu ke syurga.

Taktik si nyanyuk beer. Masih nak menyelamatkan air muka setelah tersilap buat kenyataan seumpama dia lah tuhan..

"Saya sedia berjumpa dengan pihak berkenaan untuk menjelaskan perkara sebenar di sebalik kenyataan saya itu bagi mengelakkan kekeliruan yang timbul," katanya ketika mengulas keputusan Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan bahawa kenyataannya sebagai salah dan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar.

Haa.. Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan yang bagi kenyataan ni tau?! kalau blogger cam kami boleh la awak cakap BN yang suruh cakap..

Menteri Besar Kelantan itu berkata, ulasan negatif yang dikeluarkan pihak tertentu terhadap kenyataannya berdasarkan petikan dalam akhbar adalah tidak adil.

Kenyataan tak adil konon, pirraah nanyok! media berita TV pun dah siarkan kenyataan masa awak berkempen, dah memang keluar dari mulut awak, satu Tanah Melayu dah tonton, tak payah nak belit la beb!

"Mereka perlu tanya saya di mana salahnya, saya sedia menjelaskan secara berdepan," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kota Darul Naim di sini hari ini. Bagaimanapun, Nik Abdul Aziz mengakui bahawa beliau bukan orang yang boleh menentukan seseorang masuk syurga atau neraka.

Nak tanyo apo lagi N.ajis oii?! Awak yang beria-ria cakap maso berkempen.. sekarang semua pertikai ayat-ayat awak yang kekonon melebihi tuhan.. sekarang baru nak mengaku yang BUKAN awak yang tentukan syurga neraka untuk sesiapa pun! tapi totok PAS mesti tak boleh terima hakikat, kan? kan?

"Yang menentukan jalan syurga (atau) neraka adalah Allah dan yang memberitahu kepada kita (ialah) Nabi Muhammad S.A.W. dan (apabila) nabi mati tugasnya disambung oleh ahli ulama.

Ini semua orang yang beragama Islam tahu.

"Saya bukan menentu syurga (atau) neraka yang menentukannya Allah, saya yang menyambung syariat dan jalan ke syurga ialah orang-orang yang Allah beri nikmat bukan nabi-nabi," katanya.

Ini pun orang Islam tahu, Allah yang menentukan segala. Nabi dipilih Allah untuk menunjukan jalan yang benar kepada mereka yang beriman, tapi awak hanyalah N.ajis, bukan Nabi dan awak bukan maksum dan jalan yang awak tunjukkan bukanlah jalan ke syurga!

Bagaimanapun, Nik Aziz tetap mempertahankan kenyataannya bahawa ajaran Islam yang dibawa Umno tidak menjamin penyokongnya dapat masuk syurga.

Disini dia dah putar ayat asal dia, masa kempen beliau cakap orang UMNO tak akan masuk syurga, sekarang di cakap Islam yang dibawa Umno tidak menjamin penyokongnya masuk syurga pulak. Oii N.ajis, Kami semua penganut sunnah wal jammah, bukan belajar agama dari UMNO. kami percaya Allah, Nabi, Al-quran dan hadis. So dari mana datang hujah awak yang Umno buat ajaran agama dan kami pengikut ajaran Umno? Umno hanya berjuang dan mengembangkan syiar Islam tu ada lah..

Semalam Nik Aziz menjelaskan bahawa apa yang dimaksudkannya ialah sesiapa saja yang mengasingkan iman daripada Islam tidak akan masuk syurga. - Bernama

Ni lagi satu kenyataan bangang dari ulamak takebeer nih.. memang semua orang tahu kalau orang Islam yang tak beriman maknanya dah sama taraf dengan kafir. Tapi boleh ke N.ajis bezakan tahap keimanan seseorang?! adakah dengan berkopiah dan berserban dan bercelak serta berjanggut macam Osama bin Laden menunjukan tahap keimanan yang tinggi? Beliau sendiri memaki hamun orang islam yang lain yang tidak sefahaman dengan beliau dan mengeluarkan kenyataan bahawa Allah juga mencarut, adakah tahap keimanan beliau lebih tinggi dari orang lain? sudah la N.ajis oii! Segala kekalutan yang berlaku ni datangnya dari Allah. Ini adalah bukti kebesaran Allah. Awak jangan lupa tu. Ni baru sikit jer yang Dia tunjukkan. Yang benar pasti tegak, yang batil pasti tersungkur. Berjuta yang berdoa agar Allah ditunjukkan kebenaran dan diselamatkan dari penipuan oleh munafik-munafik seperti awak wahai N.ajis. Selagi ada penipuan dan fitnah awak sebarkan, semakin hina awak Allah jadikan.

7 comments:

  1. hanya orang-orang yang berfikiran cetek dan kolot sahaja yang akan menyebelahi n ajis yang tak sedar diri dan partinya yang hanya bagai melukut di tepi gantang ini..Nauzubillah...

    ReplyDelete
  2. Salam,

    hah hah hah sekarang biar dia basuh berak dia tu.

    ReplyDelete
  3. orang umno bodoh mana faham apa yg tok guru cakap...

    ReplyDelete
  4. to MyFuad,

    Orang Umno yang bodoh atau Totok hamPAS seperti anda yang beku otak hendak menidakkan yang benar?! Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan yang BUKAN berkepentingan politik juga telah memahami maksud kata-kata N.ajis dan telah menyanggah kenyataan beliau dan menyifatkan kenyataan N.ajis menyeleweng dari ajaran Islam. Sila kemukakan bukti dan fakta sahih yang membuktikan bahawa anda adalah seorang manusia yang bijak kerana menyokong N.ajis.

    salam.

    ReplyDelete
  5. seburuk-buruk umno yang diburukkan dengan politik wang,lebih hina lagi pas yang mempolitikkan agama.dahla takde semangat patriotik.hanya layak memimpin sejemput minoriti yang hanya,tunduk,bongkok dan cucuk.Jgn harap nak setaraf Nabi SAW.jauh beza cara memerintah dan membangunkan ekonomi negara.boleh blah!menghina,mengkafirkan sesama Islam,memecahbelahkan antara kaum malah sesama kaum,itu je lah yg mampu dilakukan.good job beb,good job.you all sume boleh pindah dari negara ni kalau tak puas hati,sbb you all sume hanya minoriti.demokrasi menafikan hak minoriti.sila faham ya.tak payah nak mengamuk2 buat demonstrasi.

    ReplyDelete
  6. PERJUANGAN PARTI UMNO BERTENTANGAN DENGAN SYARIAT ISLAM...

    BILA TIDAK SELARI DENGAN ISLAM, MAKA BANYAKLAH PERKARA2 YANG TIDAK SELARI DENGAN KEHENDAK ISLAM DILAKUKAN SAMADA DENGAN SENGAJA ATAU TIDAK SENGAJA...

    CONTOHNYA; AMALAN RASUAH YANG SANGAT SANGAT SANGAT BERLELUASA... MENINDAS... BERPUAK2... MENGKHIANATI HAK ORANG LAIN... MENGGALAKKAN MAKSIAT... MEMFITNAH... TIDAK PEDULI KEBAJIKAN RAKYAT... MEMBIARKAN MARUAH NEGARA DIPERKOTAK KATIK... TIDAK ADIL... ZALIM... DAN SEBAGAINYA LAGI BERIBU-RIBU KESALAHAN LAGI...

    ReplyDelete
  7. en kuda perang bagi komen lemah gile..bagi contoh je pandai,contoh-contoh yang encik bagi tu pulak juga contoh-contoh yang pemimpin pembangkang kesayangan encik jugak lakukan.haha.lemah.lemah.maklumlah otak dah kena basuh.macam nilah, kalau encik kuda perang rasa encok kuda perang dan parti encik kuda perang ni selari sangat dengan Islam sampai boleh masuk syurga, tak lakukan contoh-contoh di atas,silalah jadi perdana menteri malaysia.saya alu-alukan..=)

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin