Thursday, August 13, 2009

Syabas Lim Guan Eng!

Pemimpin berjiwa rakyat

Terima kasih kepada Lim Guan Eng kerana telah berjaya meluluskan penjualan tanah Kg Buah Pala. Tidak juga lupa ucapan tahniah kerana beliau juga telah berjaya 'berusaha' menyelamatkan penempatan india tertua di Pulau Pinang dengan menyalahkan kerajaan dahulu dan kemudian meminta pula bantuan kerajaan pusat. Hebat betul cara bekerja ketua menteri Pulau Pinang ini. Sama hebat seperti bapanya. Tahniah buat masyarakat India Pulau Pinang dan Hindraf yang bersungguh-sunguh mengundi LGE. Jasa mereka tentu tidak dapat LGE Balas.

Ekspresi kegembiraan pengundi india terhadap LGE yang disayangi

Syabas juga kepada LGE kerana beliau telah menghapuskan DEB di Pulau Pinang. Sungguh beruntung masyarakat melayu Pulau Pinang yang mengundi beliau tidak lama dulu. Kini anak- anak muda melayu pengundi LGE boleh la duduk dirumah sahaja tidak perlu kerja lagi. Boleh berehat dan menenangkan jiwa sementara membiarkan bangsa LGE sahaja yang maju.

Hari bersejarah yang telah dihalang oleh polis

Sepatutnya hari ini, Kg Buah Pala akan menjadi sejarah terbaik pemerintahan Lim Guan Eng yang baru setahun jagung. Tapi ACP Azam telah menangguhkan hari bersejarah LGE hingga 1 sept. Tentu LGE kecewa dengan pihak polis. LGE tentu akan menyalahkan pihak polis dan FRU yang menghalang Kampung itu dari dirobohkan.

Syabas juga buat beliau kerana sekarang beliau sedang gigih menukarkan lot-lot tanah wakaf kepada tanah baru supaya kerajaan beliau dapat menjualnya kepada bangsa-bangsa beliau dengan cukup murah agar ratio penduduk bangsa beliau akan melebihi penduduk melayu dan india disana, supaya senang untuk beliau membawa keluar Pulau Pinang dari Tanah Melayu. Tentu melayu dan india Pulau Pinang amat berbangga dengan pemimpin ala khalifah Omar yang belum bersunat itu kan?! Aku pasti mereka sangat berbangga.

Satu cara LGE mengucapkan terima kasih kepada rakyat Pulau Pinang, tidak kira tempat.

LGE juga telah berjaya memberi hak 'kesamarataan' kepada semua pengundi yang sebangsa dengannya sahaja. LGE juga pernah menyatakan kemiskinan tegar di Pulau Pinang sudah sifar, tiada lagi orang miskin di Pulau Pinang. Kini usaha beliau untuk menubuhkan negara Repulik Of Penang sudah hampir menjadi kenyataan. Hebat.

Rumah sewa baru LGE yang berjiwa rakyat

Syabas juga kepada pengundi-pengundi di Pulau Pinang yang berkobar-kobar ingin duduk dibawah pemerintahan kerajaan Pakatan. Anda telah membuat pilihan yang sangat bijak dalam PRU12 yang lepas. Pengorbanan dan kejayaan rakyat Melayu dan India Pulau Pinang ini patut dijadikan contoh oleh semua pengundi-pengundi lain. Tidakkah kita semua ingin hidup dibawah kerajaan Pakatan?! Rakyat Pulau Pinang patut ucapkan "Terimakasih DAP!" di atas segala kejayaan yang dikecapi walaupun baru sahaja memerintah Pulau Pinang. Kerajaan BN pun walaupun sudah 50 tahun memerintah belum tentu dapat melawan kehebatan kerajaan Pakatan.

Syabas.

Tepuk dada, tanya akal... jika ada.

2 comments:

Blog Widget by LinkWithin