Wednesday, August 5, 2009

Lagu Untuk Patriot Negara


Jom nyanyikan lagu ini untuk pahlawan-pahlawan kita.

Inilah barisan kita,
Yang ikhlas berjuang.
Siap sedia berkorban,
Untuk ibu pertiwi!

Sebelum kita berjaya,
Jangan harap kami pulang!
Inilah sumpah pendekar kita,
Menuju medan bakti!

Andai kata kami gugur semua,
Taburlah bunga di atas pusara.
Kami mohon doa,
Malaysia berjaya!

Semboyan telah berbunyi,
Menuju medan bakti!

Terima kasih dan penghargaan saya ucapkan kepada semua anggota tentera dan polis yang telah berjuang dari zaman Tok nenek saya dulu sehingga sekarang demi kedamaian dan keselamatan tanah air kita. Al-Fatihah buat anggota-anggota yang telah terkorban semasa bertugas.Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Jasa anda semua akan saya kenang hingga keakhir hayat.Kisah perjuangan anda semua akan saya turunkan kepada semua zuriat saya agar mereka terus memperingati pengorbanan anda semua.Terima kasih.
Selamat menyambut hari pahlawan.

No comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin