Tuesday, July 21, 2009

BUAT TOTOK P.A.S

CIRI-CIRI ORGANISASI AJARAN SESAT

Organisiasi ajaran sesat pada umumnya merujuk kepada organisasi agama yang memudaratkan manusia. Ia mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

  • Mempunyai Pengucapan mengenai Alam Ghaib
    Pengucapan mengenai alam ghaib memberikan organisasi ini ciri-ciri agama. Biasanya pengucapan ini diadakan dalam bentuk ajaran yang wajib dipercayai oleh semua ahli.
  • Mempunyai Sifat Anti-Masyarakat
    Satu sifat yang ketara untuk OAS ialah mempunyai sifat anti-masyarakat. OAS sentiasanya menganggap golongan majoriti masyarakat adalah "bodoh" dan merekalah yang "bijak" kerana menganggap dirinya telah menemui "kebenaran". Mereka sentiasanya membenci masyarakat umum, menganggapnya bersifat dosa ataupun "kotor". Oleh itu, mereka akan mengelakkan diri daripada masyarakat umum, ataupun bersikap sebagai "penyelamat" apabila berdepan dengan orang umum.
  • Mempunyai seorang Ketua yang dipujakan seperti dewa
    OAS biasanya mempunyai seorang ketua yang dipuja seperti dewa. Ketua OAS biasanya mengenal diri sebagai nabi dan mempunyai kuasa-kuasa tertentu.
  • Mempunyai pengaruh yang mendalam terhadap ahlinya
    Penyertaan seseorang ke dalam sesautu OAS akan mengubah tingkah lakunya. OAS bukan sahaja mempegaruhi kehidupan seseorang dengan memberikan pelbagai ajaran kepadanya, malah kadang kala OAS juga menggunakan tindakan fizikal untuk mengawal ahlinya. Ini termasuk kawalan untuk bersosial dan juga kawalan bergerak.

Senarai Ajaran Sesat Telah Di Wartakan (JAKIM).

1. Nasrul Haq
2. Budi Suci
3. Al-Watan
4. Budi Suci Sejati
5. Jawa Faradin
6. Silat Sunda Pukulan Ghaib
7. Tusuk Hikmat
8. Ilmu Kebatinan
9. Potong Maya
10. Naluri
11. Kaula
12. Haqqullah Syahadah
13. Rampai
14. Wali Suci
15. Kalimat Sakti
16. Silat Pukulan Jarak Jauh
17. Ilmu Tenaga Dalam Hikmat
18. Zikir Sha`ban Islam Haq
19. Asal Wujud Garis Laksmana
20. Al-Ma`zat
21. “Trancendentel Meditation”- Maharisi Mahish Yugi
22. Ilmu Kebatinan
23. Abdul Manan bin Harun- Tolak Hadis
24. Ilmu Mentauhidkan Allah oleh Nasrun S.T.Qahar
25. Kumpulan Ikhwan/al-Mas
26. Kuasa Ghaib ( Tahan Diri)
27. Mohd Nordin Putih
28. Nasrun S.T.Qahar
29. Roslan Katimun atau Ajaran Wali Sembilan
30. Tariqat Naqsyabandiyah Kadirun Yahya
31. Wali Sembilan
32. Khatijah binti Ali @ Puan Tijah
33. Syed Mutalib bin Syed Mohd Nordin
34. Ajaran Mohd Seman Al-Banjari
35. Al-Arqam
36. Golongan Anti Hadis
37. Ajaran yang disampaikan oleh Juruzon bin Abdul Latif atau dikenali juga
sebagai (Hj) Ahmad al-Walidie (Pak Su)
38. Syiah
39. Ajaran Hj. Ghazali Othman Hulu Kelang
40. Ajaran Hj.Kadar Ahmad
41. Ajaran Ilmu Tajalli Ahmad Laksamana
42. Ajaran ilmu Hakikat@ Jahar Dumin Hulu Langat
43. Tarikat Mufaridiah
44. Ajaran Hassan Anak Rimau
45. Tarikat Aurad Ismailiah
46. Ajaran Martabat Tujuh
47. Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol
48. Ajaran Sulaiman ( Bahtera Nabi Noh)
49. Ajaran Ilmu Hakikat Hassan bin Jonit
50. Ajaran Ahmadiah/ Qadiani
51. Ajaran Mohd Nor Seman
52. Ajaran Ayah Pin
53. Al-Ma`unah
54 Ajaran Azhar Wahab
55. Ajaran Hj.Banuar


Niky Ajis kata takda perkataan 'Islam' dalam UMNO.Betul juga kata Niky Ajis tu,bila aku selidik pula perkataan P.A.S, aku pun tak jumpa perkataan Islam, yang terang-terang aku jumpa ialah PARTI AJARAN SESAT. Kepada orang-orang PAS,jangan marah daa..Aku cuma selidik ayat-ayat 'TOK GURU' dan cuba mencari kebenaran dalam kata-kata beliau.Kita sesama muslimin,tak baik bertelagah sebab ideologi..Marilah bersatu menentang kemungkaran.

thanks to :pybs-tycoh.blogspot.com

2 comments:

  1. boleh tambah 1 lg utk yg ke 56.. Ajaran UMNO

    ReplyDelete
  2. Bro kelana,sila kemuka bukti sahih Umno itu satu organisasi ajaran sesat yang memesongkan akidah muslimin di negara kita,saya akan beri maklumat saudara itu kepada Ustaz Azhar di JAKIM untuk siasat dan jika betul,akan memasukkan kedalam senarai berikut.Tanpa bukti yang sahih dan kukuh,komen saudara tidak membuktikan apa-apa,ibarat melepaskan batuk ditangga.Cuba saudara berdiri ditangga dan melepaskan batuk untuk memahami maksud saya.
    Apa-apa pun yang mungkar tetap mungkar dan harus ditentang.Ia dituntut oleh islam.
    Assalamualaikum.

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin