Thursday, July 30, 2009

Know Your Enemy PART II:COMMUNISM

Komunisme adalah ideologi politik dan struktur sosio ekonomi yang menggalakkan penubuhan masyarakat yang egalitarian, tanpa kelas, dan tanpa negara berdasarkan pemilikan dan kawalan sama ke atas faktor pengeluaran dan harta secara umumnya. Karl Marx menganjurkan komunisme sebagai peringkat akhir dalam masyarakat manusia, yang boleh dicapai melalui revolusi golongan proletariat.

Karl Marx

"Komunisme suci" menurut Marx merujuk kepada masyarakat tanpa kelas, tanpa negara dan bebas penindasan di mana keputusan tentang pengeluaran dan dasar yang dibuat secara demokratik bermakna membenarkan setiap ahli masyarakat mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan dari segi ekonomi, politik dan sosial.

Sebagai ideologi politik, komunisme dianggap sebagai satu cabang Sosialisme; satu falsafah luas berkenaan ekonomi dan politik yang dipengaruhi oleh pelbagai gerakan politik dan intelektual dengan asalnya dari hasil kerja mereka pada Revolusi Perindustrian dan Revolusi Perancis.

Komunisme cuba untuk memberi satu alternatif kepada masalah dalam ekonomi pasaran kapitalisme dan warisan penjajahan dan nasionalisme. Marx menyatakan hanya satu jalan untuk menyelesaikan masalah-masalah ini adalah bagi golongan pekerja (proletariat), yang menurut Marx adalah pengeluar utama kekayaan dalam masyarakat yang diekploitasi oleh kelas kapitalis (borjuis), menolak golongan borjuis ini daripada kelas pemerintah bagi menubuhkan masyarakat bebas tanpa pembahagian kelas dan kaum.

Friedrich Engels

Selain Karl Marx, tokoh penting lain adalah Friedrich Engels. Fahaman dominan komunisme seperti Leninisme, Stalinisme, Moisme dan Trotskyisme adalah berakar dari Marxisme. Akan tetapi wujud juga fahaman bukan Marxisme dalam komunisme seperti komunisme Kristian. Dalam gunaan zaman moden, komunisme selalu merujuk kepada Bolshevisme atau Marxisme-Leninisme.

Vladimir Ilyich Lenin


Joseph Stalin

Mao Zi Dong

Era kegemilangan komunisme ialah antara akhir Perang Dunia II dan tahun 90-an apabila komunisme berkuasa di Kesatuan Soviet (Soviet Union). Komunisme juga mempunyai pandangan bahawa agama adalah racun yang boleh mengongkong pemikiran rakyat.


Ideologi komunisme

Ideologi komunisme mula diterapkan ketika meletusnya Revolusi Bolshevik di Rusia pada 7 November 1917. Sejak itu komunisme disebarkan sebagai sebuah ideologi ke negara lain.
Secara rasminya ada 9 buah negara yang pernah ditubuhkan berpegang dengan fahaman komunis:

Kesatuan Soviet (Kesatuan Republik Sosialis Soviet)
China (Republik Rakyat China)
Cuba (Republik Cuba)
Laos (Republik Demokratik Rakyat Lao)
Vietnam (Republik Sosialis Vietnam)
Korea Utara (Republik Demokratik Rakyat Korea)
Yaman Selatan (Republik Demokratik Rakyat Yaman )
Myanmar/Burma (Republik Sosialis Kesatuan Burma)
Kemboja/Kampuchea (Demokratik Kampuchea)

Walau bagaimanapun hanya 5 buah negara yang kekal memerintah di bawah komunis iaitu:

China
Laos
Vietnam
Cuba
Korea Utara

Tokoh Komunis Dunia

Sungguh pun begitu fahaman komunis yang diperjuangkan dahulu sudah mula luntur dimamah usia selepas pencetusannya. Hal ini dapat dilihat di Negara China sendiri, polisi pemerintah China terhadap pelabur (kapitalis) yang dianggap musuh rakyat telah berubah semenjak 90-an lagi. Hal ini dapat dilihat dengan kebanjiran kilang-kilang di dalam negara China sendiri.
Walaupun ramai yang menganggap ideologi komunisme sudah lemah berikutan jatuhnya Kesatuan Republik Soviet pada tahun 1991, namun ideologi itu tetap wujud dalam bentuk Sosialisme. Masih terdapat Parti Komunis di negara-negara lain seperti di barat yang memperjuangkan hak pekerja, pelajar dan bersikap anti-penjajah.

Namun kita boleh lihat bahawa Komunisma hanyalah satu bentuk pemerintahan kuku besi yang kejam.Lihatlah apa yang berlaku terhadap rakyat negara-negara yang diperintah oleh komunis diEropah dan Asia.Slogan mereka hanya tinggal slogan bila sudah mendapat kuasa.Ramai yang menderita dibawah kerajaan Komunis.



"..Komunisme juga mempunyai pandangan bahawa agama adalah racun yang boleh mengongkong pemikiran rakyat." Inilah sebab utama kenapa kita harus menentang Fahaman Komunis tu, bukan sebab komunis tu Cina,tapi sebab fahamannya yang menolak agama.

No comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin