Saturday, July 18, 2009

PUNK 101

Erm..bila hujung minggu jer kat depan maybank KL mesti penuh ngan budak kurus-kurus ngan gaya sampah dan fesyen yang diorang kata 'punk rock'..Tang perangai annoying tu,tak payah nak cerita la..dah memang rata-rata semua tu budak kecik,jenis spender pun makbapak masih belikan lagi.. hehe

Tapi bila cerita pasal punk,aku tengok budak-budak sekarang dah tersilap dalam memahami konsep punk..Tengok cara mereka dress-up pun dah tau dah.. Kasut mesti nak pakai kasut skate tapi cap ayam, seluar fit bawah kecik nak mampos beli kat bundle,talipinggang mesti nak ada stud yang dibeli kat kedai-kedai kecik kat area BB ngan Sungei Wang,t-shirt thailand beli kat In-Touch dan yang paling ketara tahap kesengalan punk rocker baru nak up ni..ialah topi kecik yang macam si Lan ex-meet uncle hussain tu pakai..haiyo..Pastu dengar lagu Indie..hahaha.. lawak..

Ok la..kat sini aku akan bagi kursus PUNK 101 untuk adik-adik sekelian.

Apa itu PUNK?
PUNK berasal dari satu budaya dan cara hidup subversif yang lahir dari muzik PUNK ROCK. Muzik punk rock pula lahir disekitar tahun 1974-1976 di England,Amerika dan Australia ketika kegawatan ekonomi ketika itu. Muzik ini adalah pecahan dari muzik akar garage rock,reggae dan muzik-muzik rock yang lain dari tahun 70an.

Secara tipikalnya,muzik punk ini adalah muzik yang pendek,pantas dengan instrument yang ringkas dan asas.Liriknya pula kebanyakan adalah 'anti-establishment' dan berunsur politik.


gaya punk rocker England 1975.Ada berani?

Tapi jangan salah faham,'PUNK' itu bukan muzik..'PUNK-ROCK' ialah muzik. 'PUNK-ROCKER' ialah mereka yang bergaya punk dan mendengar muzik punk-rock.Istilah 'PUNK' yang sebenarnyanya ialah 'attitude' dan cara hidup yang lahir dari sifat memberontak,tidak puashati, marah dan benci.Perasaan memberontak,tidak puas hati dan marah inilah yang diterjemahkan melalui muzik dan imej pakaian mereka.Err..faham ke? haha..
Acara favourite mat punk..lepak kat tembok sambil usha-usha awek.

Pada hujung tahun 1976, Band-band seperti The Ramones di New York,The SEX PISTOLS dan The Clash di London dianggap sebagai pejuang atau suara kepada mat-mat punk ni dan dianggap sebagai wira pergerakan muzik baru.Kira zaman tu boleh la dikatakan 'Elvis is dead' dan 'Beatles is boring'.Tahun seterusnya melihat budaya punk menular keseluruh dunia.'PUNK' dengan cepat,walaupun sekejap jer,telah menjadi fenomena budaya yang besar di England.Dalam kebanyakan hal,punk menjadi pilihan untuk tidak menjadi atau tidak mahu menerima pergerakan mainstream atau arus perdana yang dilihat lebih glamor tapi 'fake' seperti muzik rock jiwang, disko, electronika dan pop.
Misbun Hj Sidek pun pernah potong rambut stail mohawk warna kuning ketika perlawan Piala Thomas dulu.Tak percaya sila tanya papa mama korang. :) Begitulah besarnya pengaruh budaya PUNK ketika itu.

mat punk yang tak kenal gambar ni baik jadi hip-hoper la

Pada awal 80an,muzik punk berubah menjadi lebih laju dan ganas dan berpecah menjadi pergerakan hardcore dan Oi!. Dan sehingga kini,pemuzik-pemuzik seperti GreenDay dan Rancid masih memperjuangkan aliran muzik punk generasi baru tapi dalam aliran arus perdana atau mainstream yang dulunya dibenci oleh genre muzik yang dibawa.Senang cakap punk skang lebih kepada glamor atau lebih sinonim dengan gelaran Punk MTV.

Early Punk rockers in Terengganu.Konsep ada, Tapi dah macam badut lak.

Ok la,itu lah kursus PUNK101 dari aku.Harap adik-adik sekelian faham dengan apa sebenarnya punk ni..jangan main follow jer tapi tak tahu apa-apa.Jangan jugak ingat bila dah pakai talipinggang stud dan buat bising ramai-ramai cam ayam tak dapat dedak tu adik-adik dah boleh mengaku diri tu punk rocker.okey?!So diharap adik-adik tidak menjadi sengal lagi selepas ini.. hehe..
peace wat semua.

1 comment:

  1. memang bernas article nie..mmg sesuai dgn adek2 yang masih menghabiskan beras makbapak tapi nak berlagak hero tu.sememangnya,kadang2 sakit mata melihat pemandangan yg langsung xcantik ni kat bb tu.and the most frustrating is..sume adek2 kite tu adalah melayu..hmm..apa2ajelah..

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin